Monday, 25 April 2016

Resistor

Resistor merupakan komponen elektronik yang memiliki dua pin dan didesain untuk mengatur tegangan listrik dan arus listrik, dengan resistansi tertentu (tahanan) dapat memproduksi tegangan listrik di antara kedua pin, nilai tegangan terhadap resistansi berbanding lurus dengan arus yang mengalir, berdasarkan hukum Ohm:
\begin{align}V&=IR\\
I&=\frac{V}{R}\end{align}
Resistor digunakan sebagai bagian dari rangkaian elektronik dan sirkuit elektronik, dan merupakan salah satu komponen yang paling sering digunakan. Resistor dapat dibuat dari bermacam-macam komponen dan film, bahkan kawat resistansi (kawat yang dibuat dari paduan resistivitas tinggi seperti nikel-kromium).
Karakteristik utama dari resistor adalah resistansinya dan daya listrik yang dapat dihantarkan. Karakteristik lain termasuk koefisien suhuderau listrik (noise), dan induktansi.
Resistor dapat diintegrasikan kedalam sirkuit hibrida dan papan sirkuit cetak, bahkan sirkuit terpadu. Ukuran dan letak kaki bergantung pada desain sirkuit, kebutuhan daya resistor harus cukup dan disesuaikan dengan kebutuhan arus rangkaian agar tidak terbakar.

Hukum Ohm

Hukum Ohm adalah suatu pernyataan bahwa besar arus listrik yang mengalir melalui sebuah penghantar selalu berbanding lurus dengan beda potensial yang diterapkan kepadanya.[1][2] Sebuah benda penghantar dikatakan mematuhi hukum Ohm apabila nilai resistansinya tidak bergantung terhadap besar dan polaritas beda potensial yang dikenakan kepadanya.[1] Walaupun pernyataan ini tidak selalu berlaku untuk semua jenis penghantar, namun istilah "hukum" tetap digunakan dengan alasan sejarah.[1]
Secara matematis hukum Ohm diekspresikan dengan persamaan:[3][4]

V = I R\
Di mana :
Hukum ini dicetuskan oleh George Simon Ohm, seorang fisikawan dari Jerman pada tahun 1825 dan dipublikasikan pada sebuah paper yang berjudul The Galvanic Circuit Investigated Mathematically pada tahun 1827

Mentol lampu

Mentol lampu ialah sebuah sumber cahaya buatan. Ia merupakan lampu elektrik yang dibuat daripada kaca lut cahaya atau lut sinar sebagai balangnya dan terdapat dawai filamen di dalamnya yang akan mengeluarkan cahaya apabila arus elektrik dialirkan melaluinya. Filamen biasanya diperbuat daripada bahan tungsten. Filamen panas dilindungi daripada pengoksidaan oleh kaca atau kuarza yang diisi dengan gas lengai atau dikosongkan.
Ada beberapa jenis mentol lampu. Antara yang biasa digunakan di rumah-rumah kediaman adalah jenis lampu pijar (incandescent) dan lampu pendarfluor/kalimantang (flourescent). Mentol lampu pijar mengeluarkan cahaya kekuningan sementara lampu kalimantang biasanya putih. Ini adalah kerana faktor bahan gas yang digunakan di dalam balang kaca lampu tersebut. Mentol lampu jenis halida logam dan neon direkabentuk untuk mencerahkan kawasan yang luas, sementara mentol lampu berisikan gas halogen digunakan untuk lampu kenderaan.
Lampu pijar sangat tidak cekap berbanding kebanyakan jenis lampu elektrik lain; ia menukar tidak sampai 5% tenaga yang digunakannya menjadi cahaya tampak[1] (dengan tenaga selebihnya ditukar menjadi haba).


Lampu pendarfluor

Lampu pendarfluor atau lampu kalimantang merupakan sejenis lampu nyahcas gas yang menggunakan arus elektrik untuk mengujakan wap raksa. Wap raksa yang diujakan ini menghasilkan sinar ultraungu gelombang pendek yang menyebabkan lapisan fosforuntuk menghasilkan cahaya tampak. Lampu penderfluor menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya yang boleh dimanfaatkan lebih baik daripada mentol lampu. Kos penggunaan tenaga yang rendah mengatasi kos awal lampu itu sendiri. Lampu ini lebih mahal daripada mentol lampu kerana ia memerlukan balast elektrik untuk mengawal arus elektrik di dalam lampu.
Sementara jenis tiub biasa banyak digunakan di bangunan komersial dan institusi, lampu pendarfluor padat kini boleh didapati dalam saiz yang sama seperti mentol lampu sebagai alternatif penjimatan tenaga di rumah.

Prinsip operasi

Prinsip asas bagi penukaran tenaga elektrik kepada tenaga cahaya pada lampu pendarfluor bergantung kepada serakan tidak kenyal elektron. Elektron bebas bertembung dengan atom gas. Jika elektron bebas mempunyai cukup tenaga kinetik, ia memindahkan tenaga ke elektron luar atom, menyebabkan elektron itu diujakan ke tahap tenaga yang lebih tinggi. Pertembungan tersebut adalah 'tidak kenyal' kerana sedikit kehilangan tenaga berlaku.
Keadaan tenaga tinggi ini tidak stabil, maka atom akan memancarkan foton ultraungu semasa atom tersebut kembali ke tahap tenaga rendah yang lebih stabil. Kebanyakan foton yang dilepaskan daripada atom raksa mempunyai panjang gelombang dalam lingkungan ultraungu iaitu sekitar 253.7 nm dan 185 nm. Cahaya ini tidak dapat dilihat oleh mata manusia, oleh itu ia mesti ditukarkan kepada cahaya tampak. Ia dilakukan melalui penggunaan bahan pendarfluor. Foton ultraungu diserap oleh atom bahan salutan pendarflour dalaman tiub lampu, menyebabkan lonjakan tenaga yang serupa, kemudian menjunam, dengan keluaran satu lagi jenis foton sekali lagi. Foton yang dibebaskan dalam interaksi kedua ini mempunyai tenaga yang kurang daripada interaksi pertama tadi. Bahan kimia fosfor yang digunakan dipilih supaya foton yang dibebaskan adalah pada panjang gelombang yang boleh dilihat dengan mata manusia. Perbezaan tenaga antara foton ultraungu yang diserap dengan foton cahaya tampak menyebabkan sedikit pemanasan pada lapisan fosfor.
Apabila lampu dihidupkan, kuasa elektrik memanaskan katod sehingga ia cukup panas untuk mengeluarkan elektron. Elektron ini bertembung dan mengionkan gas adi di dalam tiub mengelilingi filamen untuk membentuk plasma melalui proses pengionan impak. Hasilnya, tahap konduktiviti gas terion meningkat dengan pantas, membolehkan arus tinggi mengalir melalui lampu.

Plag 3 Pin 13 Ampere

1.  Plag ini mempunyai 3 tamatan iaitu :
  • Tamatan hidup       (Teras perang)
  • Tamatan neutral    (Teras biru)
  • Tamatan bumi        (Teras hijau kuning)